Jumaat, 17 Februari 2017

Rendang Tok

RENDANG tok memang cukup terkenal di Perak. Namun, tidak keterlaluan jika dikatakan populariti makanan tradisi negeri Seladang itu kini sudah sampai ke seluruh negara. Rendang tok sebenarnya dikatakan berasal dari Kampung Pisang Batu Gajah, Perak yang kemudiannya tersebar ke kebanyakan daerah di Perak.

Rendang Tok merupakan hidangan Melayu tradisional yang mempunyai cita rasa dan kelazatan yang tersendiri tanpa dicampur bahan pengawet dan perasa tiruan.
Lebih unik lagi, masakan Rendang Tok ini masih disediakan menggunakan cara tradisional iaitu di atas dapur kayu. Hidangan ini dikatakan dibawa secara turun temurun sejak zaman dahulu kerana kaedah masakan yang melibatkan rempah dan bahan tradisional.

Nama rendang tok ini juga dikatakan digunakan pada zaman dahulu oleh kerana ia dimasak oleh orang tua pada ketika itu dan cara masakan pula sehingga kering dan berwarna hitam.






-->RESEPI DISINI<--

Sabtu, 4 Februari 2017

Jajangmyeon

Jajangmyeon (자장면; 짜장면; jjajangmyeon), Masakan Cina Korea, merupakan hidangan mi ditambah dengan sos pekat diperbuat daripada chunjang (pes kacang soya hitam masin apabila tidak dipanaskan), daging dan sayuran dipotong dadu, dan adakalanya juga makanan laut








-->RESEPI DISINI<--

Linut / Ambuyat

Ambuyat atau linut merupakan sejenis hidangan yang berasal dari bahagian batang Rumbia atau sagu.Ianya merupakan sejenis makanan tempatan di Negeri Sarawak,Negara Brunei, serta Wilayah Persekutuan Labuan dan juga Sabah

Ambuyat juga dikenali dengan nama lain seperti linut dan kapurung ( Bugis ) .Selain itu ianya juga dikenali sebagai papeda di Timur negara Indonesia.







-->RESEPI DISINI<--


Jumaat, 3 Februari 2017

Asam Pedas

Asam Pedas ialah sejenis masakan Melayu. Di Malaysia terkenal di Melaka dan Johor. Sebut sahaja asam pedas semua orang tahu bahawa masakan itu sangat sedap dan popular di Negeri Melaka dan Johor. Resepi untuk membuatnya tidaklah terlalu rumit dan tidak pula terlalu mudah.Walau bagaimanapun terdapat juga kawasan-kawasan lain di negeri Melaka dan Johor ini mempunyai resepi asam pedas yang berlainan. Terpulang kepada citarasa masing-masing untuk menyedapkan lagi masakan mereka. Ianya sangat berbeza dari sudut rasa dan tekstur.






-->RESEPI DISINI<--

BUAH MELAKA / ONDE-ONDE

Kuih onde-onde atau juga dikenali sebagai buah melaka merujuk kepada sejenis kuih yang diperbuat daripada bahan-bahan seperti tepung beras pulut, manisan, kelapa muda parut, garam, air dan daun pandan (untuk warna dan baunya yang harum). Kuih onde-onde merupakan sejenis hidangan yang popular di Malaysia. Di Indonesia ia dikenali dengan nama "Klepon". Di Brunei ia dikenali sebagai "kuih pancit".






-->RESEPI DISINI<--