Jumaat, 17 Februari 2017

Rendang Tok

RENDANG tok memang cukup terkenal di Perak. Namun, tidak keterlaluan jika dikatakan populariti makanan tradisi negeri Seladang itu kini sudah sampai ke seluruh negara. Rendang tok sebenarnya dikatakan berasal dari Kampung Pisang Batu Gajah, Perak yang kemudiannya tersebar ke kebanyakan daerah di Perak.

Rendang Tok merupakan hidangan Melayu tradisional yang mempunyai cita rasa dan kelazatan yang tersendiri tanpa dicampur bahan pengawet dan perasa tiruan.
Lebih unik lagi, masakan Rendang Tok ini masih disediakan menggunakan cara tradisional iaitu di atas dapur kayu. Hidangan ini dikatakan dibawa secara turun temurun sejak zaman dahulu kerana kaedah masakan yang melibatkan rempah dan bahan tradisional.

Nama rendang tok ini juga dikatakan digunakan pada zaman dahulu oleh kerana ia dimasak oleh orang tua pada ketika itu dan cara masakan pula sehingga kering dan berwarna hitam.






-->RESEPI DISINI<--

Sabtu, 4 Februari 2017

Jajangmyeon

Jajangmyeon (자장면; 짜장면; jjajangmyeon), Masakan Cina Korea, merupakan hidangan mi ditambah dengan sos pekat diperbuat daripada chunjang (pes kacang soya hitam masin apabila tidak dipanaskan), daging dan sayuran dipotong dadu, dan adakalanya juga makanan laut








-->RESEPI DISINI<--

Linut / Ambuyat

Ambuyat atau linut merupakan sejenis hidangan yang berasal dari bahagian batang Rumbia atau sagu.Ianya merupakan sejenis makanan tempatan di Negeri Sarawak,Negara Brunei, serta Wilayah Persekutuan Labuan dan juga Sabah

Ambuyat juga dikenali dengan nama lain seperti linut dan kapurung ( Bugis ) .Selain itu ianya juga dikenali sebagai papeda di Timur negara Indonesia.







-->RESEPI DISINI<--


Jumaat, 3 Februari 2017

Asam Pedas

Asam Pedas ialah sejenis masakan Melayu. Di Malaysia terkenal di Melaka dan Johor. Sebut sahaja asam pedas semua orang tahu bahawa masakan itu sangat sedap dan popular di Negeri Melaka dan Johor. Resepi untuk membuatnya tidaklah terlalu rumit dan tidak pula terlalu mudah.Walau bagaimanapun terdapat juga kawasan-kawasan lain di negeri Melaka dan Johor ini mempunyai resepi asam pedas yang berlainan. Terpulang kepada citarasa masing-masing untuk menyedapkan lagi masakan mereka. Ianya sangat berbeza dari sudut rasa dan tekstur.






-->RESEPI DISINI<--

BUAH MELAKA / ONDE-ONDE

Kuih onde-onde atau juga dikenali sebagai buah melaka merujuk kepada sejenis kuih yang diperbuat daripada bahan-bahan seperti tepung beras pulut, manisan, kelapa muda parut, garam, air dan daun pandan (untuk warna dan baunya yang harum). Kuih onde-onde merupakan sejenis hidangan yang popular di Malaysia. Di Indonesia ia dikenali dengan nama "Klepon". Di Brunei ia dikenali sebagai "kuih pancit".






-->RESEPI DISINI<--

Isnin, 23 Januari 2017

Putu Halba



Putu Halba adalah kuih daripada Kelantan dan sesuai dimakan ketika waktu tengkujuh. berbeza dari putu piring.





Bahan-Bahan

- 2 cawan ubi kayu diparut
- 1 sudu teh halba
- gula merah (nisang) - diracik halus
- kelapa parut-dicampur sedikit garam

Cara-Cara






  1. Gaul ubi kayu yang diparut dengan halba
  2. masukkan ubi kayu tadi ke dalam piring kecil ( acuan ),
  3. Letakkan sedikit nisang
  4. Taburkan sedikit ubi kayu di atas nisang supaya tertutup dan tekan sedikit supaya mampat
  5. Letakkan kain kasa (maslin) diatas piring ubi. 
  6. Terbalikkan piring ke atasnya supaya putu tertinggal di atas kain. 
  7. Angkat dan isikan ke dalam pengukus.
  8. Ulang sehingga habis 
  9. Bila masak, gunakan kain untuk mengangkat putu.


Ahad, 22 Januari 2017

Nasi Goreng Cili Padi

Nasi Goreng Cili Padi biasa dijumpai di kedai makan atau warung di Malaysia. Sinonim dengan perkataan pedas dan lazat.
 
Bahan - Bahan

- Nasi 
- Ikan Bilis (ikut suka tukang masak)
- 1 ulas Bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- Cili padi (ikut tahap kepedasan)
- 1 biji telur ayam
- Garam
- Minyak untuk menggoreng

Cara-Caranya

1) tumbuk atau kisar ikan bilis, bawang besar, bawang putih dan cili padi sampai lumat atau sederhana lumat

2) panaskan minyak, dan tumis kesemua bahan yang telah ditumbuk tadi sampai garing, dan letak garam.
3) letakkan telur dan hancurkan telur tersebut sampai masak

4) masukkan nasi putih dan gaul sehingga sebati dalam kuali (sikaranya rasa garam tidak seimbang boleh letak air)

POLVORON

Polvoron adalah kuih tradisi daripada Filipina yang sedap dan penuh dengan rasa susu. resepinya adalah mudah untuk dibuat.



Bahan-Bahan

- 200g tepung gandum, diayak
- 200g susu tepung penuh krim
- 180g gula kaster
- 120g mentega, dicairkan


Cara-Cara

1. Sangai bahan A hingga gebu, warnanya bertukar coklat sedikit sambil menggaul (jangan sampai hangus). Biarkan sejuk.

2. Dalam mangkuk sederhana besar, satukan tepung yang disangai tadi bersama bahan B, gaul rata.

3. Kemudian, masukkan mentega yang telah dicairkan. Gaul hingga sebati, adunan tidak berketul-ketul & teksturnya seperti pasir yang basah.

4. Bentukkan guna acuan polvoron atau jika tiada acuan tersebut boleh kepal2kan guna tangan & masukkan dalam acuan pemotong biskut yang rata. Tekan hingga padat & tanggalkan dari acuan. Buat hingga habis & simpan dalam peti sejuk sebentar hingga mengeras. Bungkus dengan pembalut kertas gula2 atau kertas minyak.

Khamis, 19 Januari 2017

Ikan Patin Masak Tempoyak


Ikan Patin Masak Tempoyak ini popular di Pahang terutama yang berada sekitar Termeloh. Rasanya sungguh membangkit  selera terutama kepada peminat tempoyak.



Bahan-Bahan
seekor ikan patin.(hilangkan hanyir ikan dengan tepung gandum)
segengam cili padi (ikut tahap kepedasan)
1 inci kunyit hidup
4 sudu besar tempoyak
1 bunga kantan -dibelah 4
Segengam daun kesum
1 asam keping
Garam secukup rasa

Cara-Cara
1.Tumbuk cili padi dan kunyit.  Masukkan air secukupnya dan masak bersama tempoyak, cili padi dan kunyit yang ditumbuk tadi. 

2. Masukkan bunga kantan.  

3.Bila mendidih pekat, baru masuk ikan. Jgn lama sangat sebab ikan lembut. 

4. Masukkan daun kesum.

5. tunggu lama sedikit, baru masukkan asam keping dan garam secukup rasa.

Cara Membuat Umai Ikan Sarawak


Umai adalah masakan tradisi orang Sarawak, ada yang menyamakan Umai ini seperti Sushi tetapi dalam bentuk yang berbeza. Untuk rasa yang lebih sempurna ikan yang digunakan untuk membuat umai adalah "ikan perang".


Bahan-Bahan

100g isi ikan-hiris halus/kecil
1 inci halia
Cili merah+cili padi(buh ikut tahap kepedasan masing2-pedas lagi best
2 ulas bawang merah-hiris
6 biji limau kasturi(atau secukupnya)
Garam dan perasa/gula secukupnya
*Boleh tambah bawang besar yang dihiris jika suka

Cara-Cara

  1. Cili dan halia ditumbuk agak lumat. Kalau nak lebihkan halia pun boleh,tinggalkan sedikit untuk dihiris halus..
  1. Gaul semua bahan bersama ikan. Biarkan seketika sehingga ikan mengeluarkan jusnya dan bertukar berwarna putih. Sedia untuk dihidangkan bersama sagu atau nasi.
  1. *Tambahkan hirisan cili dan limau kasturi untuk rasa yang lebih enak.

Rabu, 18 Januari 2017

Cara Memasak Nasi Dagang


Nasi Dagang adalah satu makanan tradisi orang Terengganu. Berlaukkan ikan tongkol adalah sinonim dengan Nasi Dagang ini.





BAHAN-BAHAN
– 100 gram beras nasi dagang
– 5 ulas bawang merah, hiris
– 3 ulas bawang putih, hiris
– 1 inci halia, hiris
– 1/2 sudu besar halba
– 100 ml santan pekat
Bahan-bahan Gulai Ikan Tongkol
– 2 keping ikan tongkol
– 1 sudu besar rempah ikan
– 3 ulas bawang merah
– 2 ulas bawang putih
– 1 inci halia
– 1 inci lengkuas
– 1 sudu besar cili boh
– 2 sudu besar air asam jawa
– 2 sudu besar minyak
– 1 cawan santan
– 5 biji cili padi
– Garam dan gula secukup rasa

CARA-CARA
1. Rendam beras semalaman, bersihkan dan toskan.
2. Kukus sehingga masak. Masukkan bahan yang telah dihiris ke dalam santan.
3. Seterusnya gaulkan pada nasi dengan sedikit garam dan halba dan seterusnya kukus nasi sekali lagi sehingga masak.
Cara-cara Membuat Gulai Ikan
1. Ikan tongkol direbus bersama asam keping dan garam. Rebus sehingga kering airnya dan ketepikan.
2. Panaskan minyak, tumis halba, hirisan bawang merah, bawang putih dan halia.
3. Kemudian masukkan rempah kari ikan dan cili boh. Tumis hingga pecah minyak dan masukkan santan serta air asam jawa.
4. Kacau sehingga mendidih, kemudian baru masukkan ikan tongkol, garam serta gula secukupnya.
5. Kecilkan api dan biarkan hingga masak.