Khamis, 19 Januari 2017

Cara Membuat Umai Ikan Sarawak


Umai adalah masakan tradisi orang Sarawak, ada yang menyamakan Umai ini seperti Sushi tetapi dalam bentuk yang berbeza. Untuk rasa yang lebih sempurna ikan yang digunakan untuk membuat umai adalah "ikan perang".


Bahan-Bahan

100g isi ikan-hiris halus/kecil
1 inci halia
Cili merah+cili padi(buh ikut tahap kepedasan masing2-pedas lagi best
2 ulas bawang merah-hiris
6 biji limau kasturi(atau secukupnya)
Garam dan perasa/gula secukupnya
*Boleh tambah bawang besar yang dihiris jika suka

Cara-Cara

  1. Cili dan halia ditumbuk agak lumat. Kalau nak lebihkan halia pun boleh,tinggalkan sedikit untuk dihiris halus..
  1. Gaul semua bahan bersama ikan. Biarkan seketika sehingga ikan mengeluarkan jusnya dan bertukar berwarna putih. Sedia untuk dihidangkan bersama sagu atau nasi.
  1. *Tambahkan hirisan cili dan limau kasturi untuk rasa yang lebih enak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan