Khamis, 19 Januari 2017

Ikan Patin Masak Tempoyak


Ikan Patin Masak Tempoyak ini popular di Pahang terutama yang berada sekitar Termeloh. Rasanya sungguh membangkit  selera terutama kepada peminat tempoyak.



Bahan-Bahan
seekor ikan patin.(hilangkan hanyir ikan dengan tepung gandum)
segengam cili padi (ikut tahap kepedasan)
1 inci kunyit hidup
4 sudu besar tempoyak
1 bunga kantan -dibelah 4
Segengam daun kesum
1 asam keping
Garam secukup rasa

Cara-Cara
1.Tumbuk cili padi dan kunyit.  Masukkan air secukupnya dan masak bersama tempoyak, cili padi dan kunyit yang ditumbuk tadi. 

2. Masukkan bunga kantan.  

3.Bila mendidih pekat, baru masuk ikan. Jgn lama sangat sebab ikan lembut. 

4. Masukkan daun kesum.

5. tunggu lama sedikit, baru masukkan asam keping dan garam secukup rasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan